Asal-usul nama Penampang

Nama "Penampang" diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. Nama "penampang" berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud "batu besar". Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan "Pampang" bertukar menjadi Penampang.